Senin, 17 Maret 2014

Google Akan Buat Internet 6 Kali Lebih Murah

Kabar gembira buat pengguna internet. Google punya rencana membuat akses Internet murah untuk masyarakat dunia. Seperti dikutip dari Cnet, Google dilaporkan tengah menjajaki kerjasama dengan organisasi pemerintah AS dan Inggris serta beberapa perusahaan lain yang tergabung dalam wadah Alliance for Affordable Internet (A4AI).

Tujuan gerakan ini adalah mengarahkan negara-negara, khususnya negara berkembang, menuju perubahan kebijakan dan peraturan yang mendorong akses Internet kabel dan nirkabel yang lebih baik.

1000rupiah


Menurut Badan telekomunikasi PBB, International Telecomunication Union (ITU), biaya koneksi Internet melalui jaringan tetap (fixed-line) di negara berkembang secara siginifikan lebih dari 30 persen dari pendapatan bulanan. Ini dianggap masih terlalu besar.

"A4AI memiliki tujuan khusus, yakni mencapai target Komisi Broadband PBB untuk akses broadband hingga kurang dari lima persen dari pendapatan bulanan di seluruh dunia," kata jennifer Haroon, Eksekutif Utama program akses Google melalui postingan blog.

Sebab itu, A4AI berencana melibatkan 10 negara dalam proyek ini sampai akhir tahun 2015. Nantinya, proyek akan turut mengelola spektrum nirkabel, perizinan jaringan operator, dan mengusahakan pajak murah untuk peralatan telekomunikasi pendukung. Setidaknya hingga di bawah lima persen, atau enam kali lipat lebih murah dari biaya Internet hari ini.

Wah, mudah-mudahan cepat terlaksana di Indonesia.
Selengkapnya...

Sabtu, 15 Maret 2014

7 Keajaiban Kuno Di Dunia

1. Colossus Rodos
Colossus Rodos adalah patung Helios, yang terletak di pulau Rodos, Yunani, dibuat oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM. Patung ini dianggap sebagai 7 keajaiban dunia kuno. Sebelum kehancurannya, patung ini berdiri lebih dari 30 meter, membuatnya sebagai patung tertinggi dalam dunia kuna. Colossus Rodos memiliki tinggi yang hampir sama dengan Patung Liberty.

Colossus Rodos
 
 
2. Taman Gantung Babilonia
Taman Gantung Babilonia adalah salah satu di antara tujuh keajaiban dunia kuno. Taman ini dibangun oleh Nebukadnezar II sekitar tahun 600 SM sebagai hadiah untuk istrinya, Amyitis.

Lokasi taman ini sekarang berada di negara Irak.

Taman Gantung Babilonia
 
 
3. Mausoleum Maussollos
Mausoleum Maussollos atau Mausoleum Halicarnassus, adalah makam yang dibangun antara 353 dan 350 SM di Halicarnassus (Bodrum, Turki kini) untuk Mausolus, satrap kekaisaran Persia dan Artemisia II dari Caria, istrinya. Struktur ini didesain oleh arsitek Yunani, Satyrus dan Pythius.[1][2] Mausoleum ini memiliki tinggi sekitar 45 meter.

Mausoleum Maussollos
 
 
4. Mercusuar Iskandariah
Mercusuar Iskandariah atau Pharos Alexandria (dari bahasa Yunani o Φάρος της Αλεξάνδρειας) adalah sebuah mercusuar yang dibangun pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berdekatan dengan kota Iskandariah kuna, Mesir Kuno. Ketinggiannya diperkirakan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.

Mercusuar Iskandariah
 
 
5. Piramida Agung Giza
Piramida Agung Giza adalah piramida tertua dan terbesar dari tiga piramida yang ada di Nekropolis Giza dan merupakan satu-satunya bangunan yang masih menjadi bagian dari Tujuh Keajaiban Dunia. Dipercaya bahwa piramida ini dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu (Χεωψ, Cheops) dan dibangun selama lebih dari 20 tahun dan diperkirakan berlangsung pada sekitar tahun 2560 SM.[1] . Piramida ini terkadang disebut sebagai Piramida Khufu

Piramida Agung Giza
 
 
6. Patung Zeus
Patung Zeus di Olympia adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia Kuno. Patung ini dibuat oleh skulptor terkenal, Phidias (abad ke-5 SM) kira-kira tahun 432 SM di Olympia, Yunani. Patung yang terduduk, yang memiliki tinggi sekitar 12 meter, mengisi seluruh Kuil Zeus yang dibangun sebagai rumah patung ini. Penyebab kehancuran patung ini hingga kini masih diperdebatkan.

Patung Zeus
 
 
7. Kuil Artemis
Kuil Artemis adalah kuil Yunani yang didirikan untuk Artemis, sekitar 550 SM di Efesus dibawah dinasti Achaemenid dari kekaisaran Persia. Kuil ini merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia kuno. Kini, kuil ini telah hancur.

Kuil Artemis
 
 
sumber
Selengkapnya...

Jumat, 14 Maret 2014

Fizz Fairuz Sudah Bincang Hasrat Nikah Almy Nadia


PELAKON Fizz Fairuz sudah berbincang dengan aktres Almy Nadia mengenai hasratnya untuk memperisterikan wanita itu pada tahun hadapan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu sehingga dia bertemu dengan keluarga Almy secara rasmi.

“Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis bersama Rafflesia The Pearl Centre Hotel Park Royal di sini pada Rabu.

Fizz diminta mengulas mengenai kedudukan sebenar hasratnya untuk memperisterikan Almy, 27, selepas wanita itu mengakui tidak tahu-menahu keinginan bekas kekasihnya itu.

Fizz sebelum itu dilaporkan kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Fizz turut mengakui tidak membenarkan Almy memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung hubungan mereka kerana enggan wanita tersebut terbeban dengan hal terbabit.

“Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah.

“Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku,” jelasnya.

Sementara itu, Fizz berkata, walaupun pernah meninggalkan Almy sehingga berhasrat menikahi wanita lain namun dia menyedari Almy adalah pilihan tepat buatnya.

“Semua manusia ada membuat kesalahan dan saya juga tidak terlepas daripada perkara itu. Hasrat untuk berkahwin dengannya wujud kerana saya sedar Almy sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang sepanjang tujuh tahun kami bercinta,” tuturnya.

Tambah Fizz, ibunya adalah insan paling gembira selepas dia memaklumkan hasrat tersebut

Terdahulu Fizz telah menimbulkan kontroversi apabila bertunang dalam diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang, pada 10 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi kecoh apabila wanita itu dikatakan isteri orang. – mStar
Selengkapnya...

Kamis, 13 Maret 2014

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Tidak Ditangguh


KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Dis ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Dis, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

“Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya,” katanya.

Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.

“Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000. Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini,” katanya.

Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa. – BERNAMA
Selengkapnya...

Rabu, 12 Maret 2014

Rayuan bantu keluarga bekas KP PAS Baling

Harakahdaily 

Izwan Abdul Halim, 13 Nov 2013
BALING: Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling merayu keprihatinan dan sumbangan para penyokong serta pendukung PAS untuk meringankan beban membantu mantan Ketuanya, Ustaz Osman Abd Hamid yang kini mengalami masalah kesihatan.

Menurut Ketuanya, Ustaz Mohd Ashri Abd Rahman, keadaan kesihatan Ustaz Osman semakin merosot dan terlantar di katil akibat komplikasi diabetes dan kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang selain masalah jantung.

Ujarnya, di zaman Ustaz Osman sebagai Ketua Pemuda, beliau telah mendambakan diri dan mengerah keringat menyemarakkan perjuangan anak muda PAS di Baling termasuk menyumbang kemenangan semasa PRU12.

"Jadi saya merayu sahabat handai yang ada lebihan kemampuan bolehlah kiranya menghulur sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan beliau.

"Isterinya juga masih dalam pantang kerana baru sahaja melahirkan anak yang ketujuh," seru Ustaz Ashri ketika menziarahi Ustaz Osman di rumahnya di Pondok Al-Hidayah, Kampung Tembak, di sini kelmarin.

Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Ustaz Osman menerusi akaun peribadinya, Bank Simpanan Nasional (BSN) 0212641800699045 atau akaun isteri beliau, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02048020196077.

Sebarang pertanyaan kata Ustaz Ashri, boleh diajukan terus kepada beliau di talian 010-4051947.
Selengkapnya...

Selasa, 11 Maret 2014

Anda Kuat Bergayut Selalu Letih Ini Jawapannya

Adakah anda mengalami mana-mana penyakit-penyakit biasa dan penyakit, yang semuanya telah saintifik dikaitkan dengan telefon bimbit maklumat-membawa gelombang radio?

Nyanyuk (mudah lupa), Alzheimer 
. Parkinson
. Autisme
. Kerap letih
. Selalu sakit kepala
. Gangguan tidur
. Fungsi memori berubah, penumpuan dan spatial awareness yang lemah

Banyak kajian mendakwa tiada kesan biologi daripada radiasi RF dalam pelbagai telefon bimbit. Kajian terbaru ini membuka mata ramai pihak yang beranggapan sedemikian.

Malangnya, kebanyakan orang gagal untuk mengaitkan gejala biasa dan masalah kesihatan dengan pendedahan kepada telefon bimbit dan frekuensi radio lain, mungkin kerana keadaan ini begitu mudah boleh dikaitkan dengan sebab-sebab lain juga.


Kajian pada tikus makmal.

Gambar di atas memberikan visual yang jelas bagaimana dos dua jam radiasi telefon bimbit GSM, dalam intensity yang berbeza-beza, memberi kesan kepada tikus makmal. Tompok gelap adalah protein yang bocor melalui halangan darah otak, menyebabkan kerosakan yang ketara neuron di dalam korteks, hippocampus, dan ganglia basal.

Mereka menggunakan tikus berusia 12 minggu- 26 minggu dalam kajian ini kerana usia pembangunan mereka adalah setanding dengan manusia, yang merupakan antara pengguna handphone paling ramai.

Headset lebih bahaya?

Secara umumnya penggunaan headset digalakkan untuk mengurangkan kesat radiasi. Tetapi, kajian terbaru menunjukkan, dan kemunculan wayarles (seperti Bluetooth), lebih merbahaya. Alat dengar ini sebenarnya boleh meningkatkan pendedahan anda kepada radiasi kerana alat dengar itu sendiri bertindak sebagai antena, yang kini dimasukkan terus ke dalam saluran telinga anda.

Ujian telah menunjukkan bahawa alat dengar telefon bimbit anda sebenarnya boleh meningkatkan jumlah sinaran yang dipancarkan lebih daripada 300 peratus!

British Independent Group on Mobile Phones mencadangkan bahawa alat dengar adalah satu penyelesaian yang ideal hanya jika mereka telah digunakan dengan penapis untuk menghentikan wayar alat dengar daripada bertindak sebagai antena. Satu penyelesaian adalah air-tube headset. Ia boleh mencegah radiasi terus sampai dari wayar ke otak anda.
Selengkapnya...

Senin, 10 Maret 2014

Jamalul Kiram Mahu Campur Tangan PBB Amerika Dan Britain Di Sabah

Jamalul-Kiram


**Janganlah kita buka ruang negara kita diganggu kuasa lain!
MANILA, Filipina – Jamalul Kiram III hari ini berkata, beliau mahu bukan sahaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk campur tangan dalam situasi yang semakin buruk di Sabah.
Kiram berkata, pihak kesultanan telah hilang kepercayaan bahawa pentadbiran Aquino akan membantu dalam tuntutan mereka ke atas Sabah, yang dianggap sebagai tanah nenek moyang masyarakat Sulu.
Ditanya mengenai langkah seterusnya, Kiram berkata, mereka akan mendapatkan bantuan daripada badan antarabangsa dan dua kuasa dunia itu.
Beliau berkata, kali terakhir isu berkenaan dibawa ke PBB adalah dalam tahun 1960-an, di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal (gambar, bawah).

diosdado

Kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram telah berkubu di Sabah sejak 12 Februari lalu dalam usaha untuk mengesahkan pemilikan Sulu ke atas Sabah.
Pertembungan pertama antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penyokong Kiram meletus Jumaat lalu, meninggalkan sekurang-kurangnya 12 pengikut mati.
Satu lagi insiden serangan hendap pada hari Sabtu di Semporna menyebabkan 6 polis Malaysia dan 6 penceroboh mati.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata, isu Sabah boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian.
Filipina telah pun memfailkan tuntutan ke atas Sabah di ICJ, menurut Amina Rasul, Presiden Pusat Filipina untuk Islam dan Demokrasi (PCID).
Beliau berkata Kesultanan Sulu mempunyai tuntutan sejarah di Sabah, yang telah ditegakkan pada tahun 1939 di hadapan Ketua Hakim, C.F.C. Macaskie di Mahkamah Tinggi Borneo Utara.
Sabah telah diberikan kepada Kesultanan Sulu oleh Kesultanan Brunei kerana peranan Sulu dalam menamatkan satu pemberontakan pada abad ke-17.
Pada tahun 1878, Kesultanan Sulu memajak Sabah kepada Kompeni Borneo Utara British.
Selengkapnya...

Minggu, 09 Maret 2014

Tonton Lawak Ke Der 2 Full Movie



Jom tonton filem Lawak Ke Der 2 secara online di sini. Lawak Ke Der 2 adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac dan filem ini mencatat sejarah di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam.  SUMBER



Tonton Lawak Ke Der 2 Online 

Selengkapnya...

Sabtu, 08 Maret 2014

Tembak ketika sembahyang

Nusajaya: Seorang bekas tahanan ordinan darurat (EO) yang bersembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, maut selepas ditembak lebih 10 das dari jarak dekat, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, K Jaganathan, 37, (gambar) disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan.


Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa didatangi dua lelaki yang datang ke kuil itu menaiki sebuah motosikal.

“Suspek terus meluru ke arah mangsa yang bersembahyang sebelum melepaskan tembakan. Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian berlaku dengan pantas,” katanya di sini, semalam.


Menurut Noor Hashim, tinjauan siasatan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan pada hari sama.


“Sehubungan itu, polis kini memburu dua suspek dan individu yang terbabit dalam kejadian itu.


“Semakan juga mendapati mangsa yang maut turut mempunyai lebih tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan berat dan pernah ditahan di sebagai EO di Penjara Simpang Renggam selama dua tahun,” katanya.


Noor Hashim berkata, siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan mana-mana geng kongsi gelap.

“Kita akan lakukan siasatan secara terperinci mengenai kejadian itu, terutama bagi mengenal pasti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya menemui 14 kelongsong peluru di lokasi kejadian membabitkan mangsa yang juga penternak lembu.


Sumber polis berkata, semua kelongsong peluru itu dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.


“Tembakan dilepaskan seorang daripada dua penjenayah dan kami masih menyiasat jenis senjata digunakan,” katanya.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati sedas tembakan dilepaskan terhadap mangsa dari belakang sebelum beberapa das lagi dari depan apabila mangsa tumbang.


“Penjenayah melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC dan setakat jam 4 petang semalam, tiada tangkapan dibuat,” katanya.
Selengkapnya...

Jumat, 07 Maret 2014

Mengintip tentera pemberontak wanita Syria latihan menembak

 Merdeka.com 21 Sep 2013
Di tengah ketegangan yang masih berlangsung, ramai kaum hawa yang turun untuk bergabung menjadi anggota tentera.


Seorang lelaki sedang menginstruksikan tentera pemberontak wanita yang tergabung dalam Mother Aisha ketika melakukan latihan menembak di wilayah Salaheddine, Aleppo, Syria, Jumaat (19/9). Tentera pemberontak terus menambah pasukan untuk dapat menaklukkan kekuatan Presiden Bashar al Assad dan kaum hawa pun juga terus meningkat untuk bergabung menjadi anggota.
  • Sejumlah tentara pemberontak wanita Mother Aisha mendengarkan seorang instruktur saat menunjukkan titik vital melalui boneka.
  • Seorang tentara pemberontak wanita Mother Aisha mendengarkan aba-aba dari seorang instruktur saat melakukan latihan menembak di wilayah Salaheddine, Aleppo, Suriah, Jumat (19/9).
  • Sejumlah tentara pemberontak wanita yang tergabung dalam Mother Aisha mengistirahatkan diri di sela melakukan latihan menembak di wilayah Salaheddine, Aleppo, Suriah, Jumat (19/9).
  • Sejumlah tentara pemberontak wanita mencoba melatih menembak langsung dari lubang yang biasa digunakan untuk membidik musuh oleh tentara pemberontak pria.
  • Seorang tentara pemberontak wanita berbincang dengan instruktur saat latihan menembak di Aleppo, Suriah, Jumat (19/9).
Di tengah ketegangan yang masih berlangsung, banyak kaum hawa yang turun untuk bergabung menjadi anggota tentara.
©Reuters/Loubna Mriell

Selengkapnya...

Polis mati depan Istana Anak Bukit


KHAMIS, 26 APRIL 2012



ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Selengkapnya...

Rabu, 05 Maret 2014

Video Program TV Uji Ketakutan Pengguna Lif

[Video] Program TV Uji Ketakutan Pengguna Lif

RIO DE JANEIRO : Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.
Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut.
Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.
Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus.
Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.
Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba.
Wajah kanak-kanak itu yang kelihatan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada yang menutup mata dengan tangan.
Terdapat juga pengguna lif lelaki yang terus berlari sejurus pintu dibuka.
Salah seorang pengguna wanita pernah menjerit apabila melihat ‘hantu’ itu. – Agensi


>
Selengkapnya...

Selasa, 04 Maret 2014

Video Kejadian Kepala Air Di Paatal Pani Yang Meragut Nyawa

patal-pani-waterfall-tragedy


**INI adalah kejadian 2011, bukan kejadian baru.
Keriangan beberapa buah keluarga berkelah di kawasan air terjun Paatal Pani, India bertukar tragedi apabila 5 daripada mereka dihanyutkan oleh air deras akibat daripada kejadian kepala air yang tiba-tiba melanda kawasan tersebut.
Kelima-lima mereka terperangkap di tengah-tengah sungai itu sebelum arus deras menghanyutkan mereka. Tiga daripada mereka maut dalam kejadian tersebut.
Berikut adalah video amatur yang sempat dirakamkan oleh orang ramai ketika kejadian.
(Petikan: Wowberita.org)
Selengkapnya...

Senin, 03 Maret 2014

Pemuda Rentung Dalam Kebakaran Di Telupid


BELURAN – Seorang pemuda rentung manakala seorang lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah dan stor penyimpanan diesel di Kampung Gambaron 2 di Telupid kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sahar Mohd Hatta, 26, manakala Rahmat Misse, 25, yang melecur kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Sandakan dan dilaporkan stabil.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Ordine Gilu berkata sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.59 malam.

Katanya, anggota bomba diketuai Pegawai Operasi Bernadius Jacob hanya tiba di tempat kejadian pada jam 9.27 malam disebabkan lokasi kejadian terletak jauh kira-kira 99 kilometer dari Kinabatangan.

Menurutnya operasi memadam api tamat pada jam 9.50 malam dan mayat mangsa ditemui rentung di bawah sisa rangka rumah yang musnah terbakar.

Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian sedang disiasat. – BERNAMA
Selengkapnya...

Minggu, 02 Maret 2014

Tiada Isu ‘Lelaki Ini’ Dinyanyikan Artis Indon


PETALING JAYA – Penyanyi Anuar Zain tidak mempersoalkan lagu popularnya Lelaki Ini yang dinyanyikan semula oleh artis Indonesia, Cakra Khan menggunakan lirik berjudul Tak Bisa Pilih.

Anuar berkata, ia disebabkan lagu ciptaan komposer Indonesia, Numata itu yang diikat kontrak dengan syarikatnya iaitu Anuar Zain Network sudah pun tamat pada lima tahun lalu.

“Eksklusif lagu tersebut dengan syarikat saya telah lama tamat tempohnya lebih kurang lima tahun lalu.
“Jadi terpulanglah pada komposer itu (Numata) untuk berbuat apa sahaja ke atas lagu ciptaannya,” katanya kepada mStar Online menerusi e-mel yang dikirimkan si sini pada Rabu.

Tambah Anuar, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perubahan lirik lagu tersebut kerana ia adalah hak komposer terbabit sama ada ingin membuat pembaharuan pada lagu tersebut ataupun tidak.
Sebaliknya kata Anuar dia berasa bangga kerana lagu itu dimaksimumkan penggunaannya dan sebagai penyanyi asal, Anuar berbesar hati apabila karya berkenaan dinyanyikan oleh bintang berbakat seperti Cakra Khan.

“Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dgn penggiat seni Indonesia yang amat profesional dan setakat ini tidak ada apa-apa masalah pun dengan Numata untuk dia mengubahsuaikan lagu berkenaan kerana itu adalah haknya.

“Bagaimanapun saya masih belum pernah mendengar lagu itu dalam lirik baharu dan akan mendengarnya. Tahniah saya ucapkan kepada Numata yang juga sahabat saya terhadap ilham yang datang untuk membuat pembaharuan pada lagu itu,” ujar Anuar. – mStar Online
Selengkapnya...

Sabtu, 01 Maret 2014

Kelebihan dan Kekurangan Epson TX121

Kelebihan dan kekurangan dari printer Epson TX121. Bentuk fisik dari printer ini agak mirip dengan Printer Epson CX2800 dan dibagian atas printer yang berfungsi sebagai scanner tidak dapat dibuka seperti printer epson CX2800, sehingga kita agak sulit untuk melakukan penggantian catridge. Itu adalah salah satu kelemahan atau kekurangan dari Epson TX121.

Kelebihan dan Kekurangan Epson TX121
Untuk kekurangan atau Kelemahan Epson TX121 yang lainnya adalah printer jenis ini sabgat mudah rusak pada bagian mainboard apabila listrik padam atau tidak stabil. Apabila terjadi error di Epson TXT121 ini akan mengakibatkan scanner tidak bisa digunakan. Seringnya lampu merah menyala yg menandakan bahwa tinta sudah habis. Karena kapasitas dari catridge yang kecil. Dan kekurangan yang lainnya adalah sulitnya mengganti catridge dikaranakan space yang agak sempit.


Untuk keuntungan atau kelebihan printer Epson TX121 adalah Sparepart dari Epson printer TXT121 ini cukup murah dan mudah ditemukan, kecuali bagian mainboardnya. Kecepatan mencetak atau print dan copy mencapai 28 halaman per menit untuk cetakan monokrom dan 15 ppm untuk cetakan berwarna. Kualitas print atau mencetak dari printer ini bagus karena didesain dengan teknologi Variable Sized Droplet (VSDT) sehingga tinjauan cetak atau print halus untuk tinjauan cetak foto. Serat kelebihan yang lainnya adalah printer Epson TXT121 ini relatif lebih murah dari printer sejenis lainnya lihat page berikut untuk mengetahui harga printer Epson TXT121 baru. Dan Epson Type ini memiliki garansi 1 tahun.Demikian artikel tentang Kelebihan dan kekurangan Epson TXT121. Semoga bermanfaat.

Baca postingan yang terkait lainnya:
Harga printer Epson CX8400 baru
Kelemahan printer Epson L200
Membersihkan head printer yg tersumbat
Selengkapnya...